Tiada niat nak merahsiakan perkahwinan kedua – Jaclyn Victor

KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk merahsiakan perkahwinan keduanya dengan paderi dari Barbados iaitu Calvin T Samuel yang berlangsung secara tertutup pada 25 Mei lalu.

Menurut Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac, keputusan untuk tidak mengumumkan perkahwinannya lebih awal dibuat atas faktor peribadi dan statusnya sebagai ibu tunggal.

“Bukan saya hendak rahsiakan. Saya cuma rasa tak perlu dihebahkan sangat. Saya pun bukan muda lagi dan ini bukan perkahwinan pertama saya. Majlis pun dibuat secara sederhana dan tertutup,” katanya ketika ditemui di majlis An Intimate Afternoon with Bunga Citra Lestari, di mana beliau turut membuat persembahan bersama pemain biola profesional, Dennis Lau.

Jaclyn mengakui bahawa dia menyedari perkara itu akhirnya akan dikongsi oleh rakan-rakan dan peminat di media sosial, namun lebih selesa menyimpannya sebagai momen peribadi.

Mengenai suaminya, Jaclyn berkata dia terpikat dengan Calvin atas beberapa sebab termasuk rupa fizikal dan keperibadiannya.

“Saya suka dia sebab dia tinggi, berkulit gelap dan kacak. Tapi yang lebih penting, dia sangat baik, tenang, dan pandai layan anak-anak saya. Cara dia layan saya juga sangat selesa dan dia pendengar yang baik,” katanya.

Calvin pula menggambarkan Jaclyn sebagai seorang yang merendah diri dan sangat mengagumkan.

“Kami bertemu dua tahun lalu semasa saya bercuti di Malaysia. Saya hadir ke acara di mana Jaclyn buat persembahan dan sejak itu saya tertarik dengan keperibadiannya,” ujar Calvin.

Jaclyn pernah berkahwin dengan seorang penyanyi Amerika Syarikat iaitu Shawn Rivera pada 2014, namun bercerai pada 2019. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera,10 dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.

BACA JUGA:  Naim Daniel cabar keterangan saksi utama melalui pautan video
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...