Naim Daniel cabar keterangan saksi utama melalui pautan video

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 15, 16 dan 18 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan kes melibatkan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, yang berdepan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Perhatian kini tertumpu kepada strategi pembelaan Naim yang membantah permohonan pihak pendakwaan untuk membolehkan mangsa tampil memberi keterangan secara pautan video.

Peguam mewakili Naim, Mohd. Irwan Sumadi menjelaskan, bantahan rasmi difailkan kerana mangsa ketika ini sudah melepasi umur bawah 18 tahun dan wajar memberi keterangan secara bersemuka di mahkamah.

“Kami menghormati hak mangsa untuk tampil, namun prinsip undang-undang juga perlu ditegakkan. Mangsa bukan lagi remaja bawah umur, jadi keterangannya perlu dilakukan secara normal di hadapan mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes, pagi tadi.

Tambah beliau, keputusan sama ada bantahan itu diterima atau ditolak akan ditentukan oleh Hakim Datin M. Kunasundary pada 17 Oktober depan.

Prosiding pengurusan kes yang dijalankan secara tertutup itu turut disertai barisan peguam bela lain iaitu Amirul Ridzuan Hanif dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique.

Menurut pembelaan, langkah mencabar kaedah keterangan saksi utama adalah sebahagian daripada persiapan mereka menghadapi perbicaraan hujung tahun ini.

“Hakim boleh benarkan bantahan atau boleh menolak. Apa yang penting, kami fokus kepada strategi mempertahankan anak guam,” jelas Mohd. Irwan.

Kes tersebut sekali lagi dijangka menarik perhatian umum memandangkan ia melibatkan nama besar dalam industri hiburan tanah air.

BACA JUGA:  Potensi masih ada, Tok Naz minta Ariel Fesol diberi peluang kedua
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...