Polis sahkan penemuan Bom UXO 227kg di kebun Felda Bukit Senggeh

JASIN – Penduduk di kawasan Felda Bukit Senggeh, Nyalas gempar apabila sebutir bom lama dipercayai masih aktif seberat 227 kilogram ditemui di kawasan kebun kelapa sawit petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, objek berbahaya itu ditemui oleh seorang pemilik kebun ketika melakukan kerja pembersihan sekitar jam 1.47 petang.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat daripada orang awam, pihaknya telah menggerakkan sepasukan Unit Pemusnah Bom dari Cawangan Persenjataan, Bahagian Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah sebutir bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) kategori berat yang masih aktif dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Tambah beliau, kerja-kerja pemusnahan bom akan dilakukan pada esok hari mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh Unit Pemusnah Bom bagi menjamin keselamatan kawasan dan penduduk setempat.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Kami mohon kerjasama masyarakat untuk sentiasa melaporkan sebarang penemuan objek mencurigakan dan tidak menyentuh atau mengalihkan objek berkenaan sehingga pihak berkuasa tiba,” tegas beliau.

BACA JUGA:  Penyanyi Nubhan sahkan lafaz cerai di mahkamah esok
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...