Jumaat | 14 November 2025
spot_img

AEON Mall Seremban 2 bakal jadi pusat beli-belah kedua terbesar di Malaysia

SEREMBAN – Bandaraya Seremban bakal menjadi lokasi kepada pusat beli-belah kedua terbesar AEON di Malaysia apabila projek pembesaran AEON Mall Seremban 2 siap sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Menurut Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd., Naoya Okada, projek ini dibangunkan susulan peningkatan pesat populasi dan permintaan tinggi daripada vendor serta pengunjung sejak 20 tahun lalu.

“Kami menerima banyak permintaan daripada vendor baharu yang ingin berniaga, tetapi ruang sedia ada sudah tidak mencukupi. Jadi inilah masa terbaik untuk memperluas AEON Mall Seremban 2,” katanya semasa Majlis Perasmian Pecah Tanah hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, bersama Pengerusi AEON Co., Datuk Iskandar Sarudin.

Bangunan baharu setinggi empat tingkat termasuk dua tingkat parkir, akan dibina di atas tapak seluas 9 hektar terletak bertentangan dengan AEON Mall sedia ada. Kedua-dua bangunan akan disambungkan dengan jambatan pejalan kaki bagi memudahkan pergerakan pengunjung.

Dengan jumlah keluasan boleh sewa (NLA) melebihi 65,000 meter persegi, pusat beli-belah ini akan menjadi yang terbesar di Seremban dan kedua terbesar di negara ini selepas AEON Mall Nilai.

Setakat ini, AEON telah menaik taraf tujuh pusat beli-belahnya dan merancang untuk menaik taraf empat lagi kompleks pada tahun ini.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com
ARTIKEL BERKAITAN
Iklan