Pusat pakar pergigian pertama negara bernilai RM32 juta siap dibina di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Malaysia mencatat sejarah dalam sektor kesihatan awam dengan siapnya pembinaan Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan, pusat pakar pergigian pertama di negara ini yang dibina di Jalan Rasah, Seremban dengan kos RM32 juta.

Projek yang dibina di atas tapak seluas 0.8 hektar bersebelahan Klinik Kesihatan Seremban itu mula dilaksanakan pada 30 Mac 2021 dan telah diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini setelah siap sepenuhnya pada 15 April lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pusat itu akan mula beroperasi bulan depan dan menawarkan pelbagai perkhidmatan pakar termasuk ortodontik, periodontik, pembedahan restoratif, kesihatan pergigian awam, diagnostik dan pengimejan.

“Bangunan ini merangkumi 18 unit kerusi pergigian dan dibina menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) oleh kontraktor utama Derrida (M) Sdn Bhd. Ia turut mencatat skor IBS melebihi 70 peratus,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengarah JKR Negeri Datuk Ir Wan Hasnan Wan Musa, serta Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan KKM Datin Paduka Roslinah Md Jani.

Ahmad turut memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya melalui JKR kini sedang melaksanakan 167 projek kemudahan kesihatan di seluruh negara bernilai RM18.05 bilion, termasuk 60 projek bernilai RM5.54 bilion yang kini dalam fasa perancangan.

Sementara itu, Roslinah menyifatkan Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan sebagai fasiliti pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepakaran pergigian di luar hospital.

“Ia akan menjadi pusat sehenti perkhidmatan kepakaran pergigian bagi Zon Tengah, merangkumi Negeri Sembilan, Putrajaya dan Melaka.

Tempoh menunggu rawatan kini dapat dikurangkan daripada dua bulan kepada hanya dua atau tiga minggu,” jelasnya.

BACA JUGA:  Penjawat awam antara ditahan \'pesta gay\' di banglo mewah, kondom dan ubat HIV ditemui

Tambah beliau, pusat ini turut dilengkapi makmal kemahiran pergigian, satu kemudahan unik yang belum pernah disediakan mana-mana fasiliti pergigian kerajaan sebelum ini.

Dalam ucapannya, Aminuddin menegaskan bahawa projek ini merupakan inisiatif penting Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam memperkukuh sistem kesihatan pergigian di negeri ini.

“Pusat pakar pergigian moden ini mampu menyediakan rawatan pergigian yang berkualiti, pantas dan berkesan kepada rakyat. Ia juga membantu meringankan beban kos rawatan yang tinggi di klinik swasta,” katanya.

Dengan siapnya pusat pakar ini, warga Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya kini mempunyai akses lebih baik kepada rawatan pergigian bertaraf pakar yang komprehensif, selesa dan mampu milik.

Sumber: Bernama

Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...