Polis terima maklumat baharu kes pembunuhan Zayn Rayyan

Foto Allahyarham Zayn Rayyan


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan rakaman video yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata laporan tersebut dibuat oleh ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf, selepas menerima video berdurasi kira-kira satu minit yang menunjukkan dirinya berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya, termasuk Zayn Rayyan, menuju ke kawasan parkir motosikal di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.

\”Pengadu merasakan bahawa individu yang merakam video tersebut berada di Blok Apartmen Idaman yang berhadapan dengan Blok R. Rakaman dibuat dari satu ketinggian, menunjukkan kemungkinan besar perakam adalah penghuni di tingkat atas blok tersebut,\” katanya dalam satu kenyataan, Selasa lalu.
Menurut Mohd Hafiz, Ismanira membuat laporan polis kerana berasa terancam dan percaya bahawa rakaman itu bukan sekadar kebetulan.

\”Tidak lama selepas rakaman ini dibuat, Zayn Rayyan ditemukan mati dengan jarak kira-kira 200 meter dari lokasi video itu dirakam,\” jelasnya.
Sehubungan itu, siasatan terhadap kes ini masih berjalan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau mengelirukan masyarakat.
Terdahulu, pada 6 Disember 2023, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya. Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada leher dan badan, dipercayai akibat mempertahankan diri sebelum dibunuh.

BACA JUGA:  Pemandu lori beras 24 tahun maut, tiga cedera nahas di PLUS
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...