ASSAR umum dividen 6 sen seunit bagi tahun kewangan 2025

KUCHING – Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, mencerminkan prestasi kukuh dana pelaburan milik kerajaan negeri selepas proses penstrukturan semula pada 2022.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata dividen itu merangkumi 3 sen seunit dividen interim yang telah diumumkan pada 17 Januari lalu dan tambahan 3 sen seunit dividen akhir yang diumumkan hari ini.

\”Jumlah keseluruhan agihan dividen ASSAR bagi tahun kewangan ini ialah sebanyak RM28.76 juta. Daripada jumlah itu, RM14.52 juta akan diagihkan kepada 57,870 pelabur berdasarkan baki pegangan unit pada 30 Jun 2025,\” katanya dalam majlis pengumuman dividen di Kuching.

Tambah beliau, lebihan pendapatan sebanyak RM12 juta akan disimpan sebagai rizab bagi menyokong pendapatan dana untuk tahun kewangan akan datang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengerusi ASSAR, Datuk Seri Wahab Dollah.

Abang Johari berkata beliau berbangga dengan ketahanan dan kestabilan ASSAR meskipun dalam suasana pasaran yang mencabar.

\”Walaupun nilai aset bersih turut mengalami turun naik selaras dengan keadaan pasaran, tahap volatiliti adalah terkawal hasil daripada strategi perumpukan aset yang berhemah dan berdisiplin,\” katanya.

Menurutnya lagi, pelabur kini semakin yakin bahawa ASSAR adalah instrumen pelaburan yang selamat dan berisiko rendah, terutamanya dengan mekanisme jaminan harga minimum RM1 seunit.

Dalam usaha memperluas capaian kepada pelabur luar bandar, pengurusan ASSAR turut memperkenalkan pejabat bergerak yang membolehkan masyarakat mendapat akses mudah kepada maklumat pelaburan tanpa perlu ke pejabat rasmi ASSAR di Kuching.

BACA JUGA:  Pelanggan terkejut beli pisang goreng tiramisu dapat sekali cicak
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...