KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan meluahkan rasa kesal dan jijik apabila mendapati bangkai cicak di dalam pisang goreng tiramisu yang dibelinya dari sebuah premis makanan di sini, mencetuskan kebimbangan serius mengenai tahap kebersihan peniaga makanan.
Insiden itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @alisha.azni menerusi satu video yang menunjukkan jelas bangkai cicak tersebut bersama hidangan yang dibeli dan diletakkan dalam bekas kertas makanan.
“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng. Hati-hati dengan kedai pengotor yang tak bertanggungjawab,” katanya dalam video tersebut sambil menegaskan bahawa penjual langsung tidak menunjukkan rasa peduli apabila dimaklumkan tentang kejadian.
Beliau juga mendakwa mengalami keracunan makanan sejak 29 Mei dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah klinik, namun masih belum pulih sepenuhnya sehingga kini.
Video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa jijik dan mencadangkan agar tindakan tegas diambil terhadap pemilik premis tersebut.
“Buat laporan kepada pihak berwajib supaya mereka tidak ambil mudah lepas ini,” ujar seorang pengguna.
“Rujuk Kementerian Kesihatan, bukan main-main ni. Cicak tu!” kata seorang lagi.
Tindakan lanjut seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa kesihatan dan penguat kuasa tempatan turut disarankan oleh netizen bagi memastikan keselamatan pengguna dan standard kebersihan premis makanan terus terjamin.
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati memilih tempat makan serta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mengalami situasi serupa.
@alisha.azni Beli pisang goreng tiramisu dpt cicak goreng, hati2 guys kedai pengotoq tk bertanggungjawab, food poisoning atau kehilangan nyawa sbb teracun kena tanggung sendiri sbb owner tk kesah asalkan untung hanya di LAKSA KUAH PEKAT BAYAN BARU PENANG! #penangfoodie #penangfood #penangfoodhunt #laksakuahpekatbayanbaru #kedaimakan #jijiksumpah #jijik #foodtiktok #foodreview #reviewtiktok #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage @Ms Panda 🐼 @𝓐𝓲𝓷 🎀🧸 @Filza Filzieee @Hidayah @qishaa @anis ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

