\”Itu sudah gila!\”, Saifuddin kecam kes rogol bayi 3 bulan, dirakam dan dijual

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan satu kes penderaan seksual melampau melibatkan bayi berusia tiga bulan sebagai sesuatu yang “gila” dan tidak masuk akal.

Dalam sidang media hari ini, beliau mendedahkan dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh pihak polis dalam satu taklimat khas yang diadakan lewat malam baru-baru ini.

“Saya diberi taklimat pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah,” katanya.

Menurut Saifuddin, kes tersebut melibatkan seorang bayi perempuan yang bukan sahaja dirogol, malah perbuatan terkutuk itu turut dirakam dan kemudian dijual sebagai bahan lucah.

“Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau di akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual. Itu sudah kira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kejadian itu berlaku di dalam atau luar negara dan enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkukuh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“KDN sedang memperkasakan D11 dengan memberi tumpuan kepada penambahan anggota, latihan serta peralatan yang lebih canggih bagi menangani jenayah seksual terutama terhadap kanak-kanak,” katanya.

Saifuddin turut menyeru semua pihak agar memainkan peranan dalam mengekang jenayah seksual terhadap golongan yang paling lemah dan tidak berdaya.

Kes berkenaan menimbulkan kejutan dan kemarahan dalam kalangan masyarakat, sekali gus menggesa tindakan tegas diambil terhadap pelaku dan jaringan pengedaran video tidak bermoral tersebut.

BACA JUGA:  \"Itu sudah gila!\", Saifuddin kecam kes rogol bayi 3 bulan, dirakam dan dijual
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...