Kes Zara Qairina: KPM tempatkan sementara pengetua, warden di JPN Sabah

KONGSI

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Langkah itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan berhubung kes melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina.

KPM dalam kenyataan berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

ARTIKEL BERKAITAN