Pelajar UCSI yang hilang sebelum ini, ditemui mati jatuh dari tingkat 26 kondominium

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar universiti swasta warga Myanmar di UCSI University yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui meninggal dunia di ibu negara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid, mangsa yang dikenali sebagai Sithu Hpone Maw, 20, dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium.

“Mayat mangsa ditemui sekitar jam 8.30 pagi pada 9 Julai lalu. Pengecaman mayat dilakukan oleh bapa mangsa yang berusia 54 tahun pada Rabu (16 Julai),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR – Sudden Death Report) dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

Difahamkan, mayat Sithu akan dibawa pulang ke Myanmar oleh keluarganya pada 22 Julai ini.

Sementara itu, pihak universiti dalam satu kenyataan memaklumkan mereka amat bersedih dengan tragedi itu dan menyifatkan arwah sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan membawa kegembiraan kepada orang sekeliling.

“Kami bersama – sama keluarga, rakan-rakan dan komuniti Myanmar dalam kampus dalam menghadapi saat kehilangan ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat,” kata kenyataan tersebut.

BACA JUGA:  Pemandu lori ditahan bantu siasatan kemalangan enam kenderaan di Guthrie
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...