“Abah tolong berhenti”, anak Aliff Syukri panik rambut dipotong dalam \’live\’

KUALA LUMPUR – “Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja,” itulah rayuan penuh panik Ammar Ahyan, anak lelaki kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila rambutnya dipotong secara paksa oleh bapanya dalam siaran langsung media sosial, semalam.

Situasi yang disiarkan secara langsung itu memperlihatkan Ammar, 17, dalam keadaan tertekan dan tidak selesa apabila bapanya mula menggunting rambutnya tanpa kebenaran, namun tetap tidak melawan meskipun riak wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak rela.

Aliff yang dikenali dengan aksi spontan dan penuh kontroversi, menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk mencantikkan penampilan anak sulungnya itu.

“Tak banyak pun (potong), abah dulu kerja salun. Abah ini penata gaya, nak kemaskan sahaja,” katanya.

Menurut Aliff lagi, dia hanya mahu anaknya tampil lebih kemas dan rapi kerana bakal bertemu rakan-rakan termasuk anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

“Barulah tak serabai, pening aku tengok rambut kau. Saya nak kemaskan. Percayalah awak akan nampak kacak, nak jumpa Cik B dan Datuk Vida kan,” ujarnya lagi.

Namun begitu, tindakan Aliff itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan cara beliau sebagai keterlaluan dan tidak sensitif terhadap perasaan anak remajanya itu.

“Memang Ammar jenis penyabar tetapi Datuk tak boleh terlalu paksa, dia pula kini meningkat dewasa,” tulis seorang pengguna.

“Sabarlah Ammar dengan perangai bapamu, kami sayangkan awak,” komen seorang lagi netizen.

“Selalu rasa kelakar tetapi kali ini tindakan Datuk tak boleh diterima, kasihan Ammar, wajah dia sedih!” ujar seorang pengguna lain.

Sebelum ini, Ammar sering mencuit hati netizen dengan perwatakan jujur dan naif setiap kali muncul dalam siaran langsung mempromosikan produk bapanya di TikTok.

BACA JUGA:  Insiden bendera terbalik melibatkan pekerja OKU, minta isu tidak diperbesar - ADUN Lukut

Anak sulung daripada enam beradik itu juga pernah menyatakan hasrat untuk menceburi dunia politik suatu hari nanti.

Insiden potong rambut ini sekali lagi membuktikan betapa tular dan kontroversinya gaya hidup keluarga Aliff Syukri yang sering menjadi bualan warganet di media sosial.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...