Enam gunung berapi meletus selepas gempa mega gegar Timur Jauh Russia

MOSCOW – Enam gunung berapi dilaporkan meletus susulan gempa bumi mega berkekuatan 8.8 magnitud yang menggegarkan rantau Timur Jauh Russia minggu lalu, sekali gus mencetuskan fenomena seismik luar biasa di Semenanjung Kamchatka.

Menurut laporan, kejadian itu dirakam dalam beberapa video dramatik yang memaparkan letusan dan aliran lahar panas dari pelbagai gunung berapi yang aktif secara serentak dimana satu kejadian yang disifatkan sebagai ‘perarakan letusan’ oleh pakar.

Antara yang paling menonjol ialah Gunung Klyuchevskaya Sopka, gunung berapi tertinggi dan terbesar di rantau itu, yang meletus hanya beberapa jam selepas gegaran utama berlaku.

Gunung berapi berusia 7,000 tahun ini sebelum ini sudah aktif sejak April lalu, namun kini menunjukkan pergolakan lebih hebat dengan risiko letusan yang terus meningkat.

Sementara itu, Gunung Krasheninnikov mencatat sejarah apabila memuntahkan abu sehingga 6.4 kilometer ke langit dalam letusan pertama dalam tempoh 600 tahun.

Turut meletus ialah Gunung Shiveluch yang memuntahkan abu kira-kira 3.2 kilometer ke udara, manakala Gunung Bezymianny mengeluarkan abu dan aerosol berbahaya  pada pesawat dengan ketinggian 2.8 kilometer.

  • Gunung Avachinsky pula meletus pada ketinggian 2.7 kilometer dan Gunung Karymsky dengan letusan lebih kecil iaitu hampir 1.6 kilometer.

Amaran turut dikeluarkan terhadap potensi letusan seterusnya di Gunung Mutnovsky, selepas gegaran dikesan di kawasan berkenaan.

Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi, Cawangan Timur Jauh Akademi Sains Russia, Alexei Ozerov, menyifatkan kejadian ini sebagai fenomena yang sangat jarang berlaku.

BACA JUGA:  Pegawai bomba ke Everest, bawa misi kebajikan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...