Selasa | 06/10/2026 | 7:28:56 am
HomeGaya HidupKKM disaran perkenal sijil jururawat dialisis demi perkukuh tenaga kesihatan negara

KKM disaran perkenal sijil jururawat dialisis demi perkukuh tenaga kesihatan negara

KUALA LUMPUR — Penubuhan sijil khas untuk jururawat dialisis disaran sebagai langkah strategik bagi menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang rawatan penyakit buah pinggang serta menambah baik sistem penjagaan kesihatan negara secara menyeluruh.

Pengerusi Yayasan Amal Maaedicare, Tunku Datuk Yaacob Khyra berkata, sijil tersebut bukan sahaja mampu memberi nilai tambah kepada jururawat dari segi kepakaran, malah memberi ruang untuk mereka menerima imbuhan yang lebih adil dan setimpal dengan tanggungjawab khusus yang dipikul.

Menurut beliau, satu program latihan intensif selama dua bulan boleh diwujudkan bagi membimbing jururawat untuk menguasai kemahiran teknikal rawatan dialisis. Seterusnya, latihan lanjutan selama enam bulan pula dicadangkan untuk jururawat pesakit buah pinggang agar mereka boleh melaksanakan prosedur lebih kompleks termasuk kerja-kerja klinikal di bilik pembedahan.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|