Melaka, Pahang catat IPU tidak sihat, enam kawasan terjejas

0
330

KUALA LUMPUR – Melaka dan Pahang menjadi dua lokasi terbaharu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan terjejas kini meningkat kepada enam setakat pukul 10 malam tadi.

Menurut maklumat terkini yang dipaparkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai di Negeri Sembilan kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU tertinggi iaitu 161.

Lima lagi kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Banting, Selangor (155), Alor Gajah, Melaka (154), Putrajaya (148), Temerloh, Pahang (128) dan Cheras, Kuala Lumpur (116).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here