Jumaat, Jun 19, 2026
spot_img
HomeMAHKAMAHIbu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, hari ini tiba di Mahkamah Sesyen di sini bagi mendengar keputusan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.

Pasangan berusia 30 tahun itu dilihat memasuki perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu sendiri, dalam suasana yang tenang namun menjadi tumpuan media serta orang awam.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen menetapkan hari ini bagi keputusan sama ada pasangan tersebut akan dilepas tanpa dibela atau dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh dijangka membuat keputusan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan sepanjang prosiding berlangsung selama 20 hari, yang melibatkan seramai 28 saksi pendakwaan.

Kes ini mendapat perhatian umum sejak tragedi melibatkan kematian Zayn Rayyan, yang kisahnya menyentuh hati masyarakat dan mencetuskan pelbagai reaksi di seluruh negara.

Perkembangan lanjut mengenai keputusan mahkamah akan dikemaskini selepas prosiding selesai.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-spot_img