Dua beruang matahari ceroboh kawasan sekolah, latihan sukan dihentikan

KUALA NERUS – Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Tayor, di sini, bertukar kecoh apabila dua ekor beruang matahari muncul secara tiba-tiba di kawasan sekolah, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu disedari apabila haiwan liar berkenaan dilihat berkeliaran di tepi pagar dan kawasan kebun berhampiran padang sekolah ketika sesi latihan sukan sedang berlangsung.

Tukang kebun sekolah, Azmi Yaakob, 52, berkata suasana menjadi kelam-kabut apabila guru-guru bertindak pantas membawa murid masuk ke dalam kelas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Semasa kejadian, ramai murid dan guru berada di padang untuk latihan sukan. Tiba-tiba kami nampak dua ekor beruang merayau di kawasan pagar.

“Keadaan jadi kecoh, semua guru segera arahkan murid masuk ke kelas masing-masing. Beruang itu kemudian memanjat pagar sekolah dan dipercayai cuba mendapatkan buah durian di kawasan kebun belakang sekolah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah Azmi, dua ekor beruang tersebut hanya beredar dari kawasan sekolah kira-kira pukul 11 pagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Kami percaya haiwan itu adalah beruang matahari yang telah dilaporkan berkeliaran di beberapa perkampungan sekitar sejak Mei lalu.

“Perangkap telah dipasang sejak dua bulan lepas dan usaha pemantauan serta operasi menangkap haiwan ini akan diteruskan,” jelasnya.

Beliau turut menasihati penduduk setempat agar tidak mendekati atau cuba menghalau beruang secara sendiri sebaliknya segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

BACA JUGA:  Wanita kongsi detik cemas ular sawa ‘tumpang makan’ di dapur
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...