“Kalau ada yang tak kena, saya akan bersuara,” Shila Amzah tegas tolak buli, penderaan

KUALA LUMPUR — Enggan terus memendam rasa, penyanyi popular Shila Amzah menegaskan pendiriannya untuk menentang sekeras-kerasnya budaya buli dan penderaan yang semakin berleluasa dalam masyarakat hari ini.

Shila, atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, mengakui dirinya pernah melalui pengalaman pahit menjadi mangsa buli dalam industri hiburan yang diceburinya sejak usia muda, sehingga meninggalkan kesan trauma yang mendalam.

“Saya sudah 25 tahun dalam industri. Kalau ada sesuatu yang rasa tidak kena, saya akan bersuara.

“Saya tak suka kena buli sebab saya sudah lama dibuli. Jadi, bila ada hal melibatkan buli, memang saya pantang.

“Dua perkara yang saya tak boleh terima ialah buli dan penderaan,” katanya.

Sebagai figura berpengaruh dengan jutaan pengikut, penyanyi lagu Masih Aku Cinta itu nekad menggunakan platform dan suaranya untuk membela mangsa-mangsa buli yang masih terperangkap dalam ketakutan dan trauma.

Menurutnya, setiap individu yang pernah menjadi mangsa perlu diberi ruang untuk bersuara dan mendapatkan keadilan, bukan terus dipendam atau dimalukan secara senyap.

“Kenapa saya terpanggil untuk bercakap tentang isu ini adalah kerana kerjaya saya sebagai penyanyi boleh menjadi ruang kesedaran dan tempat selamat untuk mangsa yang takut nak tampil ke depan.

“Saya mahu mereka yang hadapi nasib sama supaya berani menuntut keadilan, tidak kira sama ada buli secara mental, fizikal atau lisan. Buli tak patut pun wujud,” tegasnya lagi.

Terdahulu, nama Shila menjadi perbualan hangat selepas mendakwa dirinya telah ‘diserang’ secara lisan oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah acara di Stadium Merdeka.

Susulan kejadian tersebut, Shila tampil membuat laporan polis, yang kemudiannya disahkan pihak berkuasa sebagai satu kes yang sedang disiasat.

BACA JUGA:  ‘Princess’ baru dalam keluarga Siti Nurhaliza, Izara Aishah selamat bersalin anak ketiga

Beberapa hari kemudian, Shila mendedahkan penyanyi yang menengkingnya secara terbuka ialah vokalis rock legenda, Amy Search. Difahamkan, Amy turut dipanggil ke balai polis bagi memberikan keterangan berhubung insiden berkenaan.

Menurut sumber, pertelingkahan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Shila yang dikatakan mencampuri urusan keluarga Amy.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...