Keluarga OKT samun bersenjata tolak jurukamera, halang wartawan buat liputan

0
139

MELAKA – Suasana di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini bertukar tegang apabila ahli keluarga kepada orang kena tuduh (OKT) dalam kes samun menggunakan senjata bertindak menghalang pihak media daripada membuat liputan terhadap pertuduhan tersebut.

Insiden itu berlaku sejurus tertuduh, Amirul Hamry Hambalyi Azahari, 27, selesai dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis, apabila beberapa ahli keluarganya dilihat menghampiri jurukamera dan wartawan yang berada di lokasi bagi tujuan konfrontasi.

Seorang wanita daripada kumpulan keluarga itu turut bertindak menolak jurukamera dan cuba menghalang pemberita lain daripada merakam gambar kejadian, dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan kehadiran media. Kejadian itu sempat dirakamkan dan hanya reda apabila wartawan menegaskan mereka berada di lokasi atas kebenaran pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here