Tun Musa Aman gesa siasatan adil buat Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyeru agar siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina dijalankan dengan penuh ketelusan dan teliti, tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Beliau menegaskan, menuntut keadilan bukanlah untuk membalas dendam, tetapi merupakan perintah Allah untuk melindungi golongan yang lemah serta menghukum mereka yang bersalah.

Istana Seri Kinabalu turut menggesa semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan adil dan saksama, serta berdiri teguh bersama keluarga Allahyarham Zara dalam usaha mencari jawapan dan penyelesaian terhadap kes ini.

“Orang ramai, khususnya pengguna media sosial, tidak wajar membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan tidak berasas, atau menggalakkan teori konspirasi berhubung kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja boleh menggugat integriti siasatan, malah turut menambahkan kesedihan kepada keluarga Zara yang sedang berduka,” tambah beliau.

Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham Zara.

Sementara itu, Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri bagi Allahyarham Zara Qairina akan diadakan pada Khamis, 14 Ogos 2025, selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

BACA JUGA:  Syafiq Rahim, Izham Tarmizi dan Faizal Marlias tinggalkan JDT, 11 pemain dilepaskan Harimau Selatan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...