Bangladesh sedia tawar tenaga kerja untuk Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan Bangladesh berharap Malaysia terus membuka pintu menerima pekerja mereka, khususnya golongan muda, bagi menyumbang kepada pembangunan dua negara.

Ketua Penasihat Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus, yang sedang menjalani lawatan rasmi ke Malaysia, menghargai kerjasama Malaysia dalam menerima tenaga kerja Bangladesh selama ini.

Beliau berkata, peluang bekerja di Malaysia membantu rakyat Bangladesh menghantar pulang pendapatan untuk pendidikan anak-anak mereka serta menimba pengalaman berharga.

“Malaysia ibarat rumah kedua kepada pekerja kami yang dilayan seperti keluarga, bukan sekadar pekerja asing,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya Selasa ini.

Dalam pertemuan dua hala, kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dalam pendidikan, pertahanan, tenaga, perdagangan dan ekosistem halal.

Muhammad Yunus turut mengucapkan terima kasih atas sokongan Malaysia ketika beliau dilantik sebagai pemimpin interim Bangladesh tahun lalu, yang membantu menstabilkan negara itu.

Anwar pula mengumumkan kemudahan Visa Berulang Kali (MEV) untuk pekerja Bangladesh supaya mereka boleh pulang melawat keluarga tanpa risau kehilangan pekerjaan.

Sehingga akhir 2024, kira-kira 898,970 pekerja Bangladesh berkhidmat di Malaysia, menjadikan mereka kumpulan pekerja asing terbesar dengan 38 peratus daripada keseluruhan tenaga asing.

Majoriti terlibat dalam sektor pembinaan, perkilangan, perladangan serta perkhidmatan seperti restoran dan pembersihan.

BACA JUGA:  Esok dah \'start\' kerja, aliran trafik perlahan menuju pulang ke ibu negara
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...