Universiti awam rekod 31 kes buli sejak 2014

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 kes buli direkodkan berlaku di lapan universiti awam (UA) sepanjang tempoh 11 tahun, bermula dari 2014 hingga 2025.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kes berkenaan melibatkan insiden buli fizikal dan buli siber, dengan tindakan telah diambil oleh pihak pengurusan universiti masing-masing.

Menurut beliau, punca kejadian boleh dikaitkan dengan faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial serta kurangnya pengawasan ibu bapa.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan di institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah seliaan kementerian ini.

“KPT juga tidak akan melindungi pelaku serta akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional,” katanya pada sidang Dewan Rakyat Selasa ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berhubung langkah kementerian bagi mengekang kes buli di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Zambry memaklumkan, bagi UA, pelajar yang terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 3(1)(a)(ii), Kaedah-Kaedah (Tatatertib Pelajar) yang diseragamkan melalui pindaan pada 2024.

Hukuman yang diperuntukkan termasuk amaran, khidmat masyarakat tidak melebihi 24 jam, denda sehingga RM500, larangan memasuki kawasan kampus, pengusiran dari desasiswa, penggantungan pengajian atau dibuang daripada universiti.

Bagi IPTS pula, katanya, Seksyen 33 Akta IPTS 1996 (Akta 555) menetapkan tanggungjawab Ketua Eksekutif IPTS untuk mengawasi kebajikan dan disiplin pelajar.

Ini termasuk usaha pencegahan dan pengendalian kes buli secara menyeluruh.

BACA JUGA:  Pelaburan dalam sistem kesihatan perlu dipertingkat – PM Anwar
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...