Tiada unsur penderaan dalam kematian Allahyarham Syamsul Haris – MINDEF

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan tiada unsur penderaan dalam insiden kematian penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, yang mengikuti latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati latihan yang dijalankan jurulatih mematuhi garis panduan ditetapkan serta laporan hospital mengesahkan tiada kesan kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.

“Laporan hospital menyatakan tiada kecederaan pada jasad Allahyarham, selari dengan dapatan siasatan polis. Punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas laporan analisis makmal yang dijangka siap dalam satu hingga dua bulan,” katanya pada sidang media di Wisma Pahlawan, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, siasatan turut mengambil keterangan pegawai PALAPES, jurulatih dan kadet yang berada di lokasi kejadian.

Pegawai pelatih serta pasukan paramedik tentera juga memberikan bantuan perubatan awal mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Mengulas mengenai permintaan ibu mangsa untuk bedah siasat kedua, Mohamed Khaled menjelaskan perkara itu di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan MINDEF akan memberi kerjasama penuh sekiranya diperlukan.

Allahyarham difahamkan terlibat dalam latihan inokulasi tempur pada hari pertama sesi latihan bersama kira-kira 30 pelatih lain sebelum meninggal dunia selepas keluar dari latihan tersebut.

BACA JUGA:  Lelaki ditahan kes kelakuan tak senonoh semasa seminar SPM
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...