Khamis | 15/10/2026 | 9:52:22 pm
HomeEkonomiDewan Rakyat lulus RMK13 dengan undian suara

Dewan Rakyat lulus RMK13 dengan undian suara

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan undian suara pada jam 5.50 petang.

Usul berkenaan sebelum ini dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Julai lalu, sebelum melalui sesi perbahasan selama lapan hari bermula 4 Ogos yang membabitkan 153 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Sesi penggulungan pula bermula Isnin lalu dengan penyertaan 30 menteri, manakala penggulungan terakhir disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|