Dua beranak didenda RM2,000, curi 33 barangan pasar raya

MUAR – Tindakan dua beranak mencuri 33 barangan dari sebuah pasar raya bulan lalu membawa padah apabila mereka masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Sanifah Kulang, 54, dan anak perempuannya, Intan Fazura Jaunes, 27, selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah serta rayuan kedua-dua tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan sekiranya denda gagal dibayar, namun kedua-duanya telah melunaskan bayaran denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa bersama-sama menyimpan harta curi secara tidak jujur iaitu 33 barangan pasar raya antaranya 14 peket pelembut kain, 10 botol minyak masak, tiga kampit beras, peluntur dan serbuk pencuci di sebuah rumah di Parit Jawa, pada pukul 5.40 petang, 27 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan mereka dikesan selepas seorang pekerja pasar raya menyedari kehilangan beberapa barangan. Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua beranak itu menolak keluar troli yang dipenuhi barangan tanpa membuat sebarang bayaran.

Siasatan mendapati, Intan Fazura yang bekerja sebagai juruwang di pasar raya terbabit tidak mengimbas barangan sebelum dibawa keluar. Barangan curi itu kemudian disimpan di dapur rumah mereka dan ditemui semula selepas dipandu arah oleh kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua mereka ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yasmin Mohd Piah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

BACA JUGA:  5 Ogos hari ketiga terpendek bumi tahun ini
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...