KUALA LUMPUR â Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.
Menurut beliau, siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya diambil untuk mengelakkan insiden sama berulang.
âPihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil,â katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.
Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menzahirkan doa agar dua anggota TUDM yang cedera dalam insiden itu segera pulih.
âSaya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera dipermudah segala urusan rawatan dan pemulihan,â ujarnya.
Terdahulu, sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM dilaporkan terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah kira-kira jam 9.05 malam.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan, tindakan segera diambil bagi menangani situasi tersebut, manakala kedua-dua juruterbang yang terlibat kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

