Wanita cedera dikelar suami, suspek turut cedera cuba bunuh diri

GEORGE TOWN – Seorang wanita cedera selepas dipercayai dikelar suaminya dalam satu pertelingkahan di rumah mereka di Taman Tunas, Sungai Ara, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, lelaki terbabit kemudiannya dilaporkan bertindak mengelar dirinya sendiri sejurus selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 mengenai kejadian membabitkan pasangan suami isteri berkenaan.

“Polis dimaklumkan terdapat pergaduhan suami isteri di mana suami telah kelar isteri dan kemudiannya kelar diri sendiri.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian. Satu sidang akhbar berhubung kes itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi ini.

BACA JUGA:  Asyraf disapa anak keluaran MARA bergaji RM20,000 di Doha,bukti kejayaan TVET MARA
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com