Selasa | 27/10/2026 | 4:33:52 pm
HomeJenayahPolis siasat kes buli pelajar perempuan dalam tandas sekolah

Polis siasat kes buli pelajar perempuan dalam tandas sekolah

KLANG – Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden buli melibatkan sekumpulan pelajar perempuan dalam kawasan tandas sebuah sekolah di daerah ini, selepas satu rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan selepas rakaman video berdurasi lebih dua minit itu mula tersebar menerusi aplikasi Facebook kira-kira pukul 12.53 tengah hari.

“Rakaman menunjukkan insiden pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dari sekolah yang sama, di mana mangsa dilihat dipukul dan ditampar oleh beberapa individu lain dalam kawasan tandas sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|