Pegawai Imigresen cuai lulus pembaharuan pas tanpa ikut prosedur, EAIC syor tindakan tatatertib

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Cawangan Kluang, Johor, didapati cuai apabila meluluskan pembaharuan pas bagi seorang wanita bukan warganegara tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan, menurut Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

EAIC dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan dijalankan selepas menerima aduan daripada seorang lelaki warganegara Malaysia yang mendakwa pas isterinya, seorang bukan warganegara, diluluskan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

“Hasil siasatan mendapati pegawai yang bertugas di kaunter telah gagal mengesahkan kehadiran pasangan pemohon yang berwarganegara Malaysia. Sebaliknya, pegawai berkenaan membuat catatan minit yang tidak tepat sehingga menyebabkan permohonan pas tersebut diluluskan tanpa mengikut peraturan,” kata kenyataan itu.

Menurut EAIC, tindakan pegawai terbabit jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan menimbulkan isu integriti dalam pelaksanaan tugas.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM dengan syor hukuman tatatertib dikenakan terhadap pegawai berkenaan di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pegawai tersebut didakwa melakukan kesalahan cuai dalam melaksanakan tugas sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(j) peraturan sama.

EAIC menegaskan pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk salah laku atau kecuaian pegawai penguat kuasa bagi memastikan integriti perkhidmatan awam sentiasa terpelihara.

BACA JUGA:  Universiti awam rekod 31 kes buli sejak 2014
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...