Mahkamah larang sebar barang kes inkues Zara Qairina di media sosial

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner mengingatkan semua pihak supaya tidak mendedahkan sebarang barang kes kepada umum sepanjang prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Koroner, Amir Shah Amir Hassan, menegaskan peringatan itu selepas menerima aduan bahawa terdapat barang kes berkaitan telah disebarkan di media sosial.

“Pihak yang memiliki barang kes tidak boleh sewenang-wenangnya berkongsi kepada orang ramai kerana setiap pihak bertanggungjawab terhadap barang kes yang berada di bawah jagaan mahkamah.

“Selagi prosiding inkues masih berjalan, mana-mana pihak yang mendedahkan barang kes boleh dianggap menghina mahkamah,” katanya sebelum mahkamah berehat tengah hari tadi.

Prosiding yang memasuki minggu kedua hari ini menampilkan pemeriksa dokumen Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, sebagai saksi kedua.

Beliau memberi keterangan berkaitan hasil perbandingan tulisan tangan dalam beberapa dokumen yang dikaitkan dengan kes kematian Zara Qairina.

Turut hadir dalam prosiding ialah pasukan peguam mewakili pihak berkepentingan, termasuk ibu arwah, Noraidah Lamat, yang diwakili peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M. Borhan.

Manakala bapa arwah, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, diwakili peguam Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Prosiding inkues dijadualkan bersambung esok dengan keterangan saksi seterusnya.

BACA JUGA:  Lagu ‘Justice for Zara Qairina’ sentuh hati rakyat
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...