Motosikal hancur, ‘rider’ rempuh kerbau hilang punca rezeki

REMBAU – Seorang penghantar makanan berdepan dugaan berat apabila motosikal yang menjadi sumber rezekinya rosak teruk selepas merempuh seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Sepri-Rembau, Jumaat lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Aiman, berusia lewat 20-an, berkata kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan sekitar jam 3.30 petang.

“Kerbau itu awalnya hanya meragut rumput di tepi jalan. Saya sangka ia tidak akan bergerak, tetapi sebaik saya hampir, ia terus melintas. Saya tidak sempat mengelak dan terlanggar haiwan berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Aiman mengalami kecederaan di kaki selain motosikalnya rosak teruk dengan kos baik pulih dianggarkan melebihi RM1,000. Lebih merumitkan, motosikal itu merupakan satu-satunya kenderaan yang digunakannya untuk menyara isteri serta dua anak kecil.

“Buat masa ini, saya hanya mampu duduk di rumah kerana kaki masih bengkak. Motosikal pula terpaksa dihantar ke bengkel. Saya benar-benar buntu kerana ia satu-satunya punca pendapatan saya,” ujarnya.

Menurut Aiman, beliau sudah berjumpa beberapa pemilik kerbau di kawasan berhampiran, namun tiada seorang pun mengaku haiwan tersebut milik mereka. Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai tanggungjawab pemilik haiwan ternakan yang sepatutnya memastikan haiwan mereka tidak berkeliaran di jalan raya.

Orang ramai di kawasan sekitar turut menyuarakan kebimbangan kerana kejadian haiwan ternakan berkeliaran di jalan utama bukanlah perkara baharu. Selain membahayakan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan lain, ia juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Aiman berharap agar ada pihak tampil membantu, sama ada daripada pemilik haiwan terbabit ataupun pihak berwajib, supaya insiden seumpama ini tidak berulang dan nasib penunggang jalan raya lebih terbela.

BACA JUGA:  Lelaki kantoi rakam bawah ‘skirt’ wanita dalam LRT
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...