[VIDEO] Remaja ditegur gara-gara pakai rantai simbol agama

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang remaja yang didakwa memakai rantai berlogo menyerupai simbol salib mencetuskan perhatian ramai dan dianggap mempergunakan agama lain demi kepentingan peribadi mencetuskan kecaman orang ramai di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang pengguna tampil menegur keras perbuatan itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati agama lain.

@badvibesoffical Janganlah kamu menjadi seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai. (Surah al-Nahl ayat 92). #trendingnewsmalaysia #islam #michaealpiqq #foryou #fyp ♬ Epic News – DM Production

Menurutnya, perbuatan itu boleh menimbulkan salah faham dan seolah-olah menjadikan agama lain sebagai alat untuk menutup perbuatan yang tidak baik.

“Kau tu Islam, lepas tu kau pakai rantai salib. Apa benda kau ni? Lepas tu kau bagi alasan sebab penampilan kau macam tu,” tegur individu berkenaan dalam video tersebut.

“Kalau kau belum masuk Kristian, kau jangan gunakan agama orang untuk menutupi kejahatan kau. Jangan gunakan agama orang untuk puaskan nafsu kau sendiri,” katanya lagi.

Malah, pengguna TikTok tersebut menekankan bahawa Islam sendiri mengajar umatnya untuk menghormati agama lain.

“Islam pun mengajar kita hormati agama orang lain, dik,” tambahnya sebelum menutup teguran dengan ucapan salam.

Video berkenaan sehingga kini telah meraih lebih 2 juta tontonan dan menerima lebih 90,000 tanda suka di TikTok.

Menerusi tinjaun MYBERITA di ruangan komen, terdapat beberapa pengguna lain yang mendesak supaya lelaki terbabit disiasat pihak berkuasa kerana bimbang tindakan tersebut boleh menimbulkan kegusaran, kekeliruan serta mencetuskan provokasi agama.

Klip berdurasi lebih satu minit itu mendapat perhatian ramai di TikTok, dengan rata-rata pengguna menyokong teguran tersebut serta menggesa agar isu melibatkan simbol keagamaan tidak dipandang ringan.

BACA JUGA:  \'Influencer\' kongsi detik hitam dalam pesawat Batik Air, ibarat diberi peluang kedua hidup
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...