Zizi kongsi detik cemas, kapal misi Gaza diserang dron di Tunisia

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Zizi Kirana berkongsi detik cemas apabila salah satu kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan diserang dron dan terbakar ketika berlabuh di Tunisia.

Menurut Zizi, kapal yang dikenali sebagai Family itu membawa beberapa tokoh penting misi berkenaan termasuk Greta, Yasemin, Thiago, Shuayb dan beberapa lagi individu yang memainkan peranan besar dalam menerajui kapal Mandaleen.

“Setakat laporan diterima, hanya kapal Family sahaja yang diserang. Alhamdulillah, kapal-kapal lain berada dalam keadaan baik dan semua peserta dari Malaysia kini berada di tempat penginapan,” katanya.

Zizi memaklumkan semua sukarelawan berada dalam keadaan selamat, namun mereka dilarang menghampiri kawasan pelabuhan bagi mengelakkan kekacauan.

“Syukur, kami semua selamat dan kru kapal Family juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Berita berkenaan turut dikongsikan oleh rakan seperjuangan Zizi, pendakwah PU Rahmat Ikhsan menerusi laman Instagram miliknya.

Semalam, kumpulan GSF yang memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol selamat tiba di Tunisia selepas lapan hari berlayar.

Kapal berkenaan sepatutnya bergabung dengan kumpulan lain yang ditempatkan di Catania, Itali serta Tunisia sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi akhir, Gaza.

Misi kemanusiaan GSF yang dianggap terbesar dalam sejarah dunia itu menghimpunkan lebih 1,000 aktivis dari 44 negara dengan keberanian merentasi Laut Mediterranean membawa lebih 50 kapal flotila yang sarat dengan bantuan kemanusiaan, makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza.

Misi itu bertujuan memecah sekatan Israel yang dikenakan terhadap Gaza sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023.

BACA JUGA:  Pelajar terlibat video tular nafi dibuli, hanya gurauan rakan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...