Penjawat awam ditahan lepas salah faham, pandu bahaya di Plaza Tol Bangi

KAJANG – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga penjawat awam ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian perselisihan faham dengan seorang pemandu wanita dan memandu secara berbahaya di Plaza Tol Bangi, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sekitar jam 9.50 malam semalam.

“Rampasan terhadap kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek turut dilakukan di kawasan Dang Wangi selepas penahanan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, suspek direman pagi semalam dengan diwakili peguam dan Majistret membenarkan reman satu hari sehingga 14 September bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun berhubung kejadian itu. Mangsa mendakwa berdepan pemanduan berbahaya sehingga berlaku kemalangan kecil ketika melalui Plaza Tol Bangi pada jam 6.10 pagi, Jumaat lalu.

Siasatan awal mendapati, kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek menghimpit kenderaan mangsa dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kereta tersebut.

“Kedua-dua kenderaan kemudian berhenti di tepi jalan sebelum berlaku pertengkaran. Suspek bertindak menengking mangsa serta melakukan gerakan seolah-olah mahu memukul,” katanya.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kejadian tersebut turut tular di media sosial dan menarik perhatian orang ramai.

BACA JUGA:  Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...