PM Anwar tiba di Doha, hadiri Sidang Kemuncak Arab-Islam

DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Doha malam tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam yang menghimpunkan pemimpin serta wakil negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada pukul 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia), selepas berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 7 malam.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar, Sheikh Saoud Abdulrahman Al Thani, sebelum menerima kawalan kehormatan daripada Pengawal Istiadat Amiri. Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Duta Besar Malaysia ke Qatar, Faizal Razali. Delegasi Perdana Menteri turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan serta pegawai kanan Kementerian Luar.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Doha, Qatar membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. Mohon doa serta dukungan agar setiap urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Wisma Putra, Perdana Menteri menghadiri sidang berkenaan atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, susulan perkembangan terkini serangan Israel. Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara bagi menegaskan pendirian tegas Malaysia bahawa keamanan serantau dan dunia akan terus terancam sekiranya Israel berterusan mencabul undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kedaulatan negara.

Penyertaan Anwar dalam sidang itu turut menggambarkan sokongan penuh Malaysia terhadap Qatar, selain kesinambungan usaha mempertahankan hak rakyat Palestin serta mengecam kekejaman Israel.

Sidang kemuncak berkenaan dijangka meluluskan satu resolusi yang menggariskan tindakan dan pendirian bersama negara anggota dalam membincangkan serangan ganas Zionis ke atas Gaza.

BACA JUGA:  PM Anwar puji pasukan ASEAN All-Stars
Anis Suraya
Anis Suraya
anis@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...