PM Anwar puji pasukan ASEAN All-Stars

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan ASEAN All-Stars selepas mengejutkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Menerusi hantaran bersahaja di Facebook, Anwar secara berseloroh menyindir prestasi Manchester United sambil memuji semangat pasukan pilihan Asia Tenggara itu.

\”Aduh! Gagal lagi Man United menang piala.

\”Pening kepala juga hangpa musim depan, Harap tak turun Championship.

\”Tahniah ASEAN All-Stars, hangpa memang padu!!\” katanya.

Dalam perlawanan yang dikenali sebagai Piala Cabaran Maybank, ASEAN All-Stars berjaya mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan pemain Myanmar, Maung Maung Lwin pada minit ke-72.

Skuad gabungan negara-negara anggota Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF), termasuk Australia, dikendalikan oleh jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik, manakala penyerang naturalisasi Malaysia bertindak selaku ketua pasukan.

Pertemuan bersejarah itu turut menyaksikan kehadiran lebih 72,500 penonton dari dalam dan luar negara.

Perdana Menteri sendiri meluangkan masa daripada jadual padat beliau untuk hadir menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di stadium.

BACA JUGA:  Persiapan LIMA\'25 diuji, pesawat pejuang tergelincir ketika latihan
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...