Aksi lucah dalam stor mainan, lelaki 32 tahun dicekup polis

BAYAN LEPAS – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun selepas tular rakaman video memaparkan dirinya melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah premis, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, laporan kejadian dibuat majikan mangsa pada jam 12.17 tengah hari, 19 September lalu di Balai Polis Bayan Lepas.

“Hasil maklumat diperoleh, pasukan dari D11 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah D7 IPD Barat Daya berjaya menahan suspek di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Bayan Lepas kira-kira jam 5.58 petang hari sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan dengan perkataan atau isyarat, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Siasatan awal mendapati insiden berlaku di sebuah stor kedai mainan kanak-kanak secara dalam talian di Tingkat 5, The Golden Triangle 2, Jalan Dato Ismail Hashim, di sini.

“Mangsa diganggu secara seksual oleh seorang lelaki tidak dikenali yang cuba mengajaknya melakukan hubungan seks. Kejadian turut disaksikan seorang lagi pekerja wanita dan dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut,” jelasnya.

Video berdurasi 30 saat itu kemudian dimuat naik pemilik akaun X, @update11111, pada 21 September lalu sekitar jam 10 pagi sehingga mencetuskan perhatian ramai.

BACA JUGA:  “Hidup mesti bermasyarakat” – Sulaiman Md Ali
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...