Penganggur dipenjara setahun, denda RM2,000 lepas curi kamera dan jersi Penang FC

GEORGE TOWN – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memecah masuk pejabat Kopa Arena Universiti Sains Malaysia (USM) dan mencuri pelbagai barangan termasuk jersi pasukan Penang FC, Ogos lalu.

Tertuduh, Mohd Zulkifli Ghazali, 38, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi. Sekiranya gagal membayar denda, dia akan dipenjara tambahan tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memecah masuk pejabat berkenaan kira-kira pukul 5.09 pagi pada 28 Ogos lalu dan melarikan sebuah kamera Canon IDX Mark II, dua kanta kamera, mikrofon jenama DJI serta 14 helai jersi Penang FC milik 59 Kopa Sdn. Bhd., dengan jumlah kerugian dianggarkan RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Asmeeta Rajendran.

Dalam prosiding, Ahmad Danial memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian syarikat serta kepentingan awam. Bagaimanapun, Asmeeta merayu hukuman minimum kerana anak guamnya tidak bekerja dan menanggung empat orang anak.

Sebelum ini, pihak pengurusan Kopa Arena dilaporkan berdepan kerugian melebihi RM200,000 apabila butik beroperasi di padang USM dipecah masuk seorang lelaki berkaca mata dan bersarung tangan. Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek bertindak seorang diri.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor milik syarikat juga sempat hilang namun ditemui semula beberapa hari kemudian di kawasan Bukit Gambir. Suspek akhirnya berjaya diberkas polis minggu lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah hari ini.

BACA JUGA:  Sanggup suntik bahu ‘90 darjah’ mirip Jennie Blackpink
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...