Sabtu, 18 Oktober 2025 | 7:23 AM
spot_img
UtamaNASIONALLori terbabas lepas Terowong Menora, trafik sesak tiga kilometer

Lori terbabas lepas Terowong Menora, trafik sesak tiga kilometer

IPOH – Aliran trafik dilaporkan sesak sejauh lebih tiga kilometer selepas sebuah lori terbabas dan merintangi jalan di Kilometer (KM) 257, Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) berhampiran Terowong Menora, pagi tadi.

Menurut maklumat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Info Trafik, kejadian tersebut menyebabkan laluan terpaksa ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menyelamat dan pembersihan.

Menerusi perkongsian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di platform TikTok rasmi, LLM menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan berpanjangan.

“Terdapat kemalangan treler di KM 257 arah utara selepas Terowong Menora. Pengguna jalan raya dinasihatkan melalui Sungai Siput untuk keluar ke Kuala Kangsar.

“Pihak kami sedang mengusahakan pusingan U kepada pengguna jalan raya di lokasi sebelum dan selepas Terowong Menora,” menurut kenyataan LLM.

Difahamkan, pasukan penyelamat dan pihak berkuasa lebuh raya kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan serta membantu pengguna jalan raya yang terkandas.

Orang ramai dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati, mematuhi arahan petugas di lokasi dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.

Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com
ARTIKEL BERKAITAN
Iklan