Nenek empat cucu raih PhD UiTM pada usia 73 tahun

SHAH ALAM – Usia bukan penghalang buat seorang nenek empat cucu apabila berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan sempena Istiadat Konvokesyen ke-103 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Lebih membanggakan, graduan berusia 73 tahun, Dr. Rafiah Kassim, menamatkan tesis bertajuk “Pendekatan guru prasekolah Malaysia bagi memupuk kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak prasekolah untuk kesediaan bersekolah” dalam tempoh hanya tiga tahun.

Menurut Rafiah, keinginan mengekalkan minda aktif serta terus berpengetahuan dalam pelajaran dan agama menjadi pendorong utama untuk beliau menggali ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.

“Kita tidak boleh membiarkan minda pasif. Belajar tidak mengenal usia. Saya memang berminat menyambung pengajian ketika muda, namun ketika itu banyak cabaran. Tumpuan saya ketika itu lebih kepada mengurus sebuah prasekolah di Bangsar selama 27 tahun,” katanya ketika ditemui pada istiadat tersebut.

Rafiah merupakan antara 193 individu yang menerima PhD daripada Pro Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Ibu kepada tiga juruterbang komersial itu berkata, pengajiannya di peringkat doktor falsafah adalah demi kepuasan diri untuk menjadi insan yang lengkap dari sudut ilmu. Beliau turut berharap dapat menyumbang kembali kepada UiTM sebagai alumni universiti itu.

Rafiah turut berkongsi pengalaman mengendalikan prasekolah di Bangsar yang menempatkan murid dari pelbagai negara.

“Pada awalnya hanya enam murid, kemudian berkembang sehingga 70 orang. Bila jumlah meningkat, kita jangan terlalu fokus keuntungan. Semua orang sukakan wang, tetapi keikhlasan lebih penting,” jelasnya yang menutup operasi prasekolah berkenaan dua tahun lalu.

Menyentuh isu disiplin kanak-kanak, Rafiah menekankan kepentingan memahami punca kesalahan sebelum tindakan diambil.

“Kalau kita menghukum ketika marah, kita sendiri tidak tahu kekuatan rotan kita. Cuma ibu bapa jangan lupa ajar anak-anak menghormati orang lain. Kita semua sama tanpa mengira kaya atau miskin, warna kulit atau agama,” katanya.

BACA JUGA:  Gara-gara brek mengejut, warga emas dipukul dengan \'helmet\' hingga rebah
Anwar Azhari
Anwar Azhari
anwar@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...