PRN Sabah: Peratus keluar mengundi meningkat 31.29 setakat 11 Pagi

KOTA KINABALU – Jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan peningkatan ketara apabila seramai 545,391 orang atau 31.29 peratus daripada 1.7 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab setakat pukul 11 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan angka itu meningkat daripada 366,917 pengundi atau 21.05 peratus yang direkodkan pada pukul 10 pagi, selepas proses pengundian dibuka pada 7.30 pagi.

Secara keseluruhan, seramai 1,760,417 pengundi biasa daripada 1,784,843 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN kali ini bagi memilih 73 wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Sementara itu, SPR berkata peningkatan kelancaran proses hari ini turut dipengaruhi oleh jumlah tinggi pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Selasa lalu.

“Sebanyak 92.5 peratus atau 17,615 pengundi awal membabitkan anggota tentera dan pasangan, serta polis dan pasangan telah mengundi lebih awal,” menurut kenyataan itu.

SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi akan terus meningkat menjelang tengah hari dan menyeru pengundi agar keluar awal bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

BACA JUGA:  Ribut petir, hujan lebat landa 11 negeri malam ini – METMalaysia
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...