Khamis | 15/10/2026 | 9:43:05 pm
HomeSemasaQiszar pecat 'live host' TikTok gara-gara jawapan menghina

Qiszar pecat ‘live host’ TikTok gara-gara jawapan menghina

KUALA LUMPUR – Jenama fesyen terkemuka, Qiszar, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular satu kontroversi membabitkan seorang live host TikTok yang berkhidmat dengan mereka.

Dalam kenyataan rasmi melalui platform Threads, Qiszar menjelaskan bahawa pihaknya mengambil tindakan segera sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan kepada pihak pengurusan.

Menurut kenyataan itu, individu yang mengendalikan sesi siaran langsung tersebut telah diberhentikan serta-merta berikutan tindakannya yang tidak mencerminkan nilai dan etika syarikat.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|