Sarawak jadi tuan rumah utama Sukan SEA Malaysia 2027, 38 acara dipertandingkan

0
115

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai acara yang bakal dipertandingkan pada Sukan SEA Malaysia 2027 akhirnya terjawab apabila kerajaan mengesahkan sebanyak 38 jenis sukan disenaraikan sebagai taruhan awal bagi temasya yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 September 2027.

Senarai itu merangkumi pelbagai sukan bertaraf Olimpik dan diputuskan secara strategik berdasarkan kesediaan venue, terutama melibatkan empat negeri penganjur utama iaitu Sarawak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata pemilihan 38 sukan tersebut mengambil kira ketetapan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) serta keperluan program berprestasi tinggi negara termasuk Road To Gold (RTG) dan Program Podium. Cadangan ini akan dibentangkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada mesyuarat SEAGF di Bangkok pada 8 Disember ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here