Selasa, 7 Julai 2026
spot_img
NasionalMurid 10 tahun minta gambar tak senonoh dekat cikgu, had umur...

Murid 10 tahun minta gambar tak senonoh dekat cikgu, had umur media sosial perlu segera

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mendedahkan insiden membimbangkan membabitkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang meminta gambar tidak senonoh daripada gurunya melalui aplikasi WhatsApp.

Fahmi berkata, kejadian itu dimaklumkan sendiri oleh guru berkenaan, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk melaksanakan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi mengurangkan risiko eksploitasi dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai yang semakin berleluasa dalam talian.

“Kita berharap isu seperti ini dapat diatasi dengan sekatan terhadap platform media sosial dan sistem pemesejan seperti WhatsApp. Bukan nak halang semua aplikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Kempen Internet Selamat 2025, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Fahmi memaklumkan bahawa kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bagi melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 untuk memastikan penggunaan internet yang lebih selamat, terutama dalam kalangan pengguna muda.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-