Ernie Zakri pakai ‘tudung TikTok’, bersandal naik pentas terima trofi?

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Ernie Zakri, 33, tampil menjelaskan penampilan ringkasnya ketika menerima trofi Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-37 di Premiera Hotel, semalam, yang mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menurut Nur Ernie Shahirah Zakri, penampilannya yang sederhana bukan disengajakan, sebaliknya berlaku kerana dia langsung tidak menjangka bakal diumumkan sebagai pemenang anugerah utama malam berprestij itu.

“Saya memang tidak sangka akan menang. Sebelum ini, saya ada bertanya kepada pihak produksi sama ada boleh pulang lebih awal kerana mahu bertemu suami dan anak di rumah. Jawapan mereka separuh-separuh, jadi saya ambil keputusan pulang dahulu dan menukar pakaian di hotel lain,” katanya kepada MYBERITA.

Ernie berkata, kejutan sebenar berlaku apabila wakil penganjur menghubunginya secara kecemasan selepas namanya diumumkan sebagai pemenang. Memandangkan lokasi hotel berbeza dan menghadapi kesesakan lalu lintas, Ernie terpaksa bergegas dan berlari menuju ke dewan acara.

“Apabila menerima panggilan itu, saya terkejut kerana sudah pun pulang dan menukar pakaian. Disebabkan trafik sesak, saya turun di kawasan beli-belah dan berlari dari Menara Tabung Haji ke sini,” jelasnya.

Situasi itu menyebabkan Ernie kelihatan keletihan ketika di atas pentas, namun beliau tetap bersyukur atas penghargaan diterima. Selain Bintang Paling Popular, penyanyi lagu Masing-Masing itu turut membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular, menewaskan nama-nama besar lain seperti Emma Maembong, Sweet Qismina, Tracie Sinidol dan Wani Kayrie.

Ernie mengakhiri kenyataannya dengan memohon maaf kepada peminat kerana penampilannya tidak seperti dijangka.

“Sejujurnya, saya rasa penonton layak melihat saya tampil cantik, tetapi semuanya berlaku secara tiba-tiba,” ujarnya.

BACA JUGA:  Pelakon popular disiasat polis, kes amang seksual terhadap remaja bawah umur
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...