Anjing, kucing mati dalam sangkar klinik haiwan, SAFM desak siasatan segera

KUALA LUMPUR – Kegagalan mematuhi amanah kebajikan haiwan mencetuskan kemarahan ramai apabila seekor anjing dan seekor kucing ditemui mati di dalam sangkar di sebuah klinik haiwan di Damansara Damai, sekali gus mendedahkan satu kes pengabaian serius yang didakwa berlaku dalam premis profesional.

Pendedahan itu dikongsikan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) selepas pihaknya menerima maklumat daripada bekas kakitangan klinik berkenaan yang tampil mendedahkan kejadian tersebut.

Menurut SAFM, satu laporan polis telah dibuat oleh bekas kakitangan itu pada Sabtu lalu, manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) turut dimaklumkan bagi tindakan lanjut.

“Ini bukan kes kecuaian kecil, sebaliknya satu pengabaian besar yang melanggar undang-undang serta etika profesional,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, SAFM menegaskan kakitangan serta pihak pengurusan klinik perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian tersebut yang mencemarkan kepercayaan orang awam terhadap institusi perkhidmatan veterinar.

SAFM turut menggesa siasatan menyeluruh dijalankan oleh DVS dan Polis Diraja Malaysia mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini tidak boleh dipandang ringan. Mereka yang terlibat mesti dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.

Kes berkenaan sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat mengenai tahap pemantauan dan akauntabiliti klinik haiwan di negara ini, khususnya dalam memastikan kebajikan haiwan sentiasa dilindungi.

BACA JUGA:  Pemandu bas riba wanita sambil memandu, rupa-rupanya suami orang
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...