Sukan SEA 2025: Skuad futsal mengaum ‘belasah’ Myanmar 8-1

BANGKOK – Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam acara futsal lelaki Sukan SEA 2025 selepas mencatat kemenangan meyakinkan 8-1 ke atas Myanmar pada aksi ketiga yang berlangsung di Stadium Nonthaburi baru-baru ini.

Kemenangan itu bukan sahaja mengekalkan momentum positif skuad negara, malah semakin mengukuhkan peluang mereka untuk merealisasikan sasaran pingat.

Biarpun berdepan pasukan yang tewas dalam dua perlawanan terdahulu kepada Indonesia dan Thailand, skuad negara tidak mengambil mudah cabaran Myanmar. Sebaliknya, barisan pemain kendalian Rakphol Sainetngam menampilkan permainan penuh disiplin dan tumpuan tinggi, memburu jaringan sejak wisel permulaan.

Jaringan awal terhasil seawal minit ketiga apabila ketua pasukan Myanmar, Myo Myint Soe, secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri ketika cuba menghalang hantaran lintang Faris Johan. Empat minit kemudian, Awalluddin Mat Nawi menambah gol kedua menerusi rembatan padu kaki kiri dari jarak dekat. Ahmad Harith Na’im Nasir dan Danial Dain menyumbang gol ketiga dan keempat berturut-turut pada minit ke-13 dan ke-14.

Myanmar berjaya mencetak gol tunggal mereka pada minit ke-16 melalui Nyein Min Soe, tetapi kegembiraan itu singkat apabila Firdaus Ambiah dan Syahir Iqbal Khan Akbar Khan menambah gol masing-masing untuk menjadikan kedudukan 6-1. Syahir sekali lagi meledak gol ketujuh hasil percubaan jarak jauh pada minit ke-28, manakala Syed Shahrul Niezam Syed Abdul Rahim menutup pesta jaringan pada minit ke-39.

Kemenangan besar ini menjadi suntikan keyakinan penting buat Malaysia sebelum menghadapi Indonesia dalam aksi terakhir pada jam 6.00 petang esok. Selepas tiga perlawanan, Malaysia kini berada di tangga kedua dengan enam mata, manakala pencabar terdekat, Indonesia dan Vietnam, masing-masing mempunyai tiga mata selepas dua perlawanan.

BACA JUGA:  Peruntukan RM1.1 bilion STR fasa 1 2026 disalur hari ini

Malaysia kini semakin hampir ke sasaran pingat, dengan semangat juang dan konsistensi permainan sebagai aset utama mereka.

Muhammad Haqim
Muhammad Haqim
haqim@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...