Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 bermula, sasar 43 juta pelawat

KUALA LUMPUR – Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMM 2026) secara rasminya membuka tirai tepat jam 12 tengah malam, menerusi majlis perasmian gilang-gemilang yang berlangsung di pekarangan pusat beli-belah Pavilion Bukit Bintang, di sini, sebentar tadi.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, bersama barisan kepimpinan kerajaan, penggiat industri pelancongan serta orang ramai.

Selain Kuala Lumpur, sambutan pembukaan VMM 2026 turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain di seluruh negara, antaranya Putrajaya dan Melaka, sebagai simbol kesepaduan nasional dalam menyemarakkan kempen pelancongan negara.

Dalam satu kenyataan, Tiong berkata penganjuran sambutan tersebut menjadi simbolik penting dalam memperkukuh momentum kempen VMM 2026 serta membuka lembaran baharu untuk mempromosikan Malaysia di pentas global.

“Malaysia kini bersedia sepenuhnya untuk mempamerkan keunikan budaya, kreativiti serta keramahan rakyatnya, dengan sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa sepanjang 2026,” katanya.

Majlis perasmian itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh barisan artis tempatan terkenal seperti Shila Amzah, Aina Abdul dan Belle Sisoski, selain persembahan kebudayaan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.

Sambutan tersebut juga menampilkan persembahan multimedia berskala besar, termasuk pertunjukan bunga api pyromusikal, formasi dron, pancaran laser serta paparan 3D anamorfik yang memperkenalkan maskot rasmi VMM 2026, Wira dan Manja.

Kempen VMM 2026 digerakkan berteraskan lima tonggak utama, iaitu kelestarian, warisan budaya, pengembaraan berasaskan alam semula jadi, inovasi digital serta keterhubungan global, sebagai persediaan menyeluruh negara dalam menyambut kedatangan pelancong sepanjang tahun hadapan.

Penganjuran sambutan itu disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tourism Malaysia, dengan kerjasama pelbagai agensi kebudayaan dan pelancongan, sekali gus mengukuhkan kesiapsiagaan Malaysia untuk menyambut dunia pada 2026.

BACA JUGA:  VM2026: Pelawat teruja masuk Malaysia terus rasa ‘vibe’ raya
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...