[VIDEO] Wanita terpaksa panggil bomba lepas kucing ‘lock’ kereta dari dalam

KUALA LUMPUR – Niat seorang wanita untuk merakam video kucing peliharaannya seketika bertukar menjadi detik cemas apabila haiwan itu secara tidak sengaja terkunci di dalam kereta.

Menurut perkongsian wanita berkenaan di media sosial, yang menggunakan akaun @lalylossa, kejadian berlaku pada waktu petang ketika dia hanya meninggalkan kucingnya, Tabby, seketika dalam kereta bagi tujuan merakam video.

Bagaimanapun, kucing itu secara tidak sengaja menekan butang kunci, menyebabkan dirinya terperangkap.

@_lalylossa_ alkisah petang si tabby buat hal lah , kitanya tinggal kejap dia dalam kereta sebab nak record video , kunci pulak memang tinggal dalam kereta, tak expect pulak dia boleh terpijak button lock tu , HAHAHA memang tkde option panggil bomba je la, terima kasih abang bomba tolong huwaa HAHAAH 😭😭 tak tau nak gelak ke nak marah si tabby ni😌🥹 #fyp #greynitegrey #axiagranitegrey #AxiaGangAG ♬ Jelly Fish Jam – Da Fokin

“Al kisah petang si Tabby buat hal lah. Kitanya tinggal kejap dia dalam kereta sebab nak rakam video, kunci pulak memang tinggal dalam kereta, tak jangka pula dia boleh terpijak butang kunci tu. Memang tak ada pilihan, panggil bomba ja la. Terima kasih abang bomba tolong. Tak tahu nak gelak ke nak marah si Tabby ni,” katanya.

Pihak bomba bertindak pantas dengan menghantar jentera dan pasukan untuk membantu mengeluarkan Tabby, sekali gus menarik perhatian orang awam di lokasi kejadian.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dan ‘geram’ dengan tingkah laku Tabby. Antara komen yang tular termasuk:

“Nasib tak kena lempang dengan bomba,” kata @Budubeng.

“Orang lain anak tertinggal dalam kereta, akak lain..kucing pula,” ujar @Hanyman_shop.

“Nasib tempat awam ja, kalau tak dia pandu bawa lari kereta dah,” seloroh @Syira.

BACA JUGA:  Agong kurnia 100 ekor lembu untuk ibadah korban Aidiladha
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...