Kenyataan palsu guna gambar, nama Agong tular di media sosial

KUALA LUMPUR – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan penyebaran satu kenyataan palsu yang tular di media sosial menggunakan gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, pihak Royal Press Office menegaskan bahawa kandungan kenyataan tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana saluran rasmi istana.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan kandungan yang disebarkan menerusi akaun-akaun palsu seperti ini,” menurut kenyataan itu.

Salah satu akaun yang dikesan terlibat menggunakan nama palsu “Sultan Ibrahim” dipercayai sengaja diwujudkan untuk memperdaya orang awam dengan memaparkan kenyataan yang kelihatan seolah-olah rasmi.

Royal Press Office turut mengingatkan pengguna media sosial agar merujuk maklumat kepada saluran rasmi sahaja dan tidak menyebarkan kandungan yang belum disahkan, demi menjaga kredibiliti dan maruah institusi diraja.

Orang ramai turut digesa melaporkan sebarang kandungan mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan fitnah.

BACA JUGA:  KKM ingatkan pengamal perubatan supaya tidak keluarkan kenyataan mengelirukan
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...